Tuesday, July 12, 2016

SELAMAT HARI RAYA KE-8.. Hehehe!!

Assalamualaikum...
Selamat Tengahari...
SELAMAT HARI RAYA yg ke 8 hari... XD

Dah lama rasanya tak update blog ni. Almaklumlah busy katanya....
Harini Suya nak share gambar je lah ye dulu.. nanti kita share resipinya ye..

Bulan puasa aritu, Suya tak sempat nak open order, kakitangan ni pulak busy memanjang nak settlekan perkara lain. jadi yang sempat buat pun ni je lah.Itu pun kakak ngan abang yang order untuk diorang ngan kawan-kawan diorang. Ada lah sikit duit jajan... hahahaha....(jajan katranye).

Nih Suya belanja gambar-gambarnye ye... jangan kata kuih je.. kite selit skali gambar hari raya..

Sugee favourite nih..
Ni kalau tak bikin untuk bapak, mesti untuk kakak, kalau tak untuk kakak, mesti untuk anak-anak...
yang best part bila dah tinggal sebiji dalam balang... confirm dapat gambar balang kosong tu... Hahaha!!
kalau dah start makan confirm x stop!!..

 
M&M Cookies request by Syafiq..
niat hati nak buat besar sikit, tapi bila tgk kecik2 ni... Alahaiii comey la pulak... jadilah semuanya kiut-miut gini haa....

 
Ni First time bikin Almond London..
Punyalah nak makan yang bulat... sekarang susah cari yang bulat-bulat gini.. tu yang sanggup bikin walaupun tengkuk dah sakit nak jadikan bulat-bulat gitu...
Yang penting kuihnye ohsem!! ;)

 
Terima Kasih Ibu Azaniah Sulaiman dan Abah Muhammad Shawal hantarkan cakeroll nye..
 

RedVelvet Roll with Creamcheese Filling.
Ordered by CikMi and CikIza.. Every Year confirm order.. Selalu support adik dia yang comel ni.. :)
(perasan comel takpe, jangan perasaan sudah!! hahaha!!!)

Nutella Roll

Thursday, January 14, 2016

Beef Steak With Cherry Sauce and Salad

Mood nak makan daging dah datang!!
3 hari berturut-turut makan Daging!! haha! Ini cara-cara supaya tak bazir ye... takkan nak simpan untuk minggu depan pulak? Jadi makanlah sampai habis stock yang dah buat tu..
 
Rajin-rajinlah masuk dapur ye. tapi bukan setakat masuk nak cari makan yang dah siap tau.. Mestilah kena masak, baru tau terror ke tak masaknya.. (macam dia terror sangat!hahaha!!)
 
Resepi nye seperti dibawah ni ye..
Cuba jangan tak cuba..
 
Beef Steak With Cherry Sauce and Salad
 
 
Bahan-bahan :
 
a)
2 pcs        Beef Steak / Steak Daging Lembu
1 tsp         Dried basil
1 tsp         Dried Rosemary
*garam/lada hitam secukupnya.


b)
1 ulas      Bawang putih (dicincang)
1-2 tbsp.  Minyak zaitun / Olive oil

c)            Baby Butterhead Lettuce
               Mayonaise, Chilli sauce and Cherry sauce untuk dressing


Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan-bahan (a)dan perap 30min hingga 1 jam. Kalau nak simpan semalaman pun boleh. Tapi kena masuk peti ais ya.
*kalau dah tahap kebulur tu tak payah perap pun boleh..

2. Panaskan minyak zaitun/Olive oil, masukkan bawang putih dan biarkan sampai bau Wangi bawang putih tu dah naik, kemudian masukkan steak dan masak 4-5min setiap bahagian.

3. Untuk salad, boleh gunakan apa sahaja jenis salad yang anda suka.


Kat bawah ni kita share link untuk masak steak cara Chef-chef yang kita suka tengok.
Kita share-share ya..
Selamat Mencuba!!

#gambogambo
#makanmakan
#lovebaking
#lovecooking
#dapurkeciksuya



Jamie Oliver - Perfect Steak
 
 
 
Gordon Ramsay's ULTIMATE COOKERY COURSE: How to Cook the Perfect Steak  
 

"I want to teach you how to cook good food at home. By stripping away all the hard graft and complexity, anyone can produce mouth-watering recipes. Put simply, I'm going to show you how to cook yourself into a better cook."
GORDON RAMSAY



 

Monday, January 11, 2016

BAJRANGI BAIJAAN!!!

Hari ini lari tajuk sikit.... Dah lama tak tengok Hindi Movie, bila dah start je ... mesti dah sangkut..
Ni semua gara-gara DILWALE tu lah!!
 
Tapi Movie ni korang kena tengok..Rugi tak tengok, bagi kite lah kan movie ni lagi best dari DILWALE tu... hihi.. apepon masing-masing punya pendapatlah ye..
 
Sebab cerita ni lah habis tissue separuh kotak.. kalau korang tak ada perasaan mungkin tak guna tissue kot... tapi takkan lah kan.. sebab Aamir Khan pon nangis kot tengok cite ni..
 
Kita share lagu je lah ye...
Best lagunye jiwa-jiwa...
Yang last tak berapa nak jiwa lah ye.. hihihi.. Boleh tengok dengan anak-anak ye..
 
SONG: TU JO MILA
SINGER: K.K.
MUSIC DIRECTOR: PRITAM
LYRICS: KAUSAR MUNIR
MUSIC LABEL: T-SERIES
DISTRIBUTED WORLDWIDE by: EROS INTERNATIONAL
RELEASING: EID 2015
SONG: ZINDAGI KUCH TOH BATA (REPRISE)
SINGER: JUBIN NAUTIYAL, PRITAM
MUSIC DIRECTOR: PRITAM
LYRICS: NEELESH MISHRA
MUSIC LABEL: T-SERIES
MIXED AND MASTERED: SHADAB RAYEEN AT NEW EDGE
DISTRIBUTED WORLDWIDE by: EROS INTERNATIONAL
RELEASING: EID 2015
 
SONG: CHICKEN KUK-DOO-KOO
SINGER: MOHIT CHAUHAN, PRITAM, PALAK MUCHHAL
MUSIC DIRECTOR: PRITAM
LYRICS: MAYUR PURI
MUSIC LABEL: T-SERIES
MIXED AND MASTERED: SHADAB RAYEEN AT NEW EDGE
DISTRIBUTED WORLDWIDE by: EROS INTERNATIONAL
RELEASING: EID 2015

Sunday, January 10, 2016

Mini Chocolate Tart

Hari ni mood membaking dah sampai...
Buat yang kecik cinonet punya pulak, tengok macam comel jer mangkuk-mangkuk tart tu...
Akibat dah lama tak makan Choc tart,
Maka hari ini terjadi lah .....

MINI CHOCOLATE TART by DapurKecik Suya

 


Kulit Tart:

250g       Butter (Tatura/SCS - ikut citarasalah ye)
3 cwn     Tepung
2 tbsp.    Gula Icing
1 tsp       Vanilla essence
1 biji      Telur (A)

Cara-cara:-

1. Pukul Butter dan gula icing sehingga sebati, tak perlu kembang.
2. Masukkan telur dan vanilla essence, pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, jika masukkan semua nanti habis berdebu satu dapur.. ;)
4. Masukkan doh yang dah siap ke mangkuk tart dan bakar selama 15-20min, 150-160'C.
(*Bergantung pada suhu oven masing-masing).

(*jika nak letak warna, letakkan sebelum masukkan tepung supaya warna sekata)

Chocolate Ganache:-

100g       Whipping Cream (saya guna Non-UHT)
200g       Dark Chocolate
1tsp        Vanilla essence
1tbsp      Butter

Cara-cara:-

1. Panaskan Whipping cream sehingga hampinr mendidih. (bahagian tepi periuk mula berbuih) dan tuangkan kedalam mangkuk coklat. Biarkan 30saat - 1min
2. Masukkan vanilla essence dan butter kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam piping bag jika ( lebih mudah dikawal dan lebih kemas)
*pastikan ganache tidak terlalu cair atau  boleh gunakan sudu jika mahir..
Masukkan pada kulit tart yang dah disiapkan





Saturday, January 9, 2016

ButterCream Ayam dan Asparagus

Hari ni macam 'Ter'rajin kononnya.....
(sebenarnya nak habiskan stok apa yang ada kat peti ais tu haa!)
Resepi yang tak berapa nak susah, ikut tekak kita ni sedap je lah ye..
Nak buat buttercream chicken tapi tak cukup pulak bahan...hehe!


Kita nak buat

ButterCream Chicken with grilled Asparagus


 

Bahan-bahan: (kita ni makan berdua je)

a)
2 belah      dada ayam (ikutlah nak besar mana pun, ni kite potong kecik-kecik)
1 tsp          Dried basil/oregano/rosmary (kita guna semua)
1 tsp          lemon
*garam/lada hitam secukupnya.

b)
20btg       Asparagus (potong 2)
200g        Cooking Cream / susu sejat
1-2 tbsp.  Butter
1 ulas      Bawang Putih (dicincang)

Semua Bahan-bahan (a) di campur , diperap setengah hingga satu jam... kejap jer pun boleh. Kemudian simpan kat esbok tu..

Cara-cara nak masak pula:

1. Panaskan butter dan masukkan bawang putih yang sudah dicincang.
2. Masukkan dada ayam yang sudah dipotong, goreng sehingga ayam masak dan asingkan.
3. Gunakan kuali yang sama untuk goreng ayam tadi untuk masak asparagus dan asingkan setelah masak. (Jika terlalu kering, tambahkan butter)
4. Panaskan cream/susu sejat menggunakan kuali yang sama.. (jangan bazir rencah yang kat dalam kuali tu..)
5.Tuangkan ke atas ayam tadi.
6. Dah siap!!

*(Cara lain untuk buat Buttercream:-)

1 ulas          bawang merah (dihiris)
1 ulas          bawang putih (Dicincang)
1 tangkai     Daun Kari
1-2 tbsp       Butter
200g           Cooking Cream/ Susu sejat
1 btg           Cili padi

Cara-cara:

1. Panaskan butter dan tumis bawang merah, bawang putih,dan daun kari sampai garing/ Wangi.
2. Masukkan Cili Padi,
3. Masukkan cooking cream/susu sejat, kacau sehingga mendidih.
4. Makan panas-panas sedap!!

* Resepi yang atas tu tak pedas sebab ada orang kat sini tak makan pedas.... huhu..
Buat masa ni belum ada yang kena sakit perut atau apa-apa sakit lepas makan makanan yang kita masak...

jadinye...

Selamat mencuba....

#gambogambo
#makanmakan
#lovebaking
#lovecooking
#dapurkeciksuya

Friday, January 8, 2016

Assalamualaikum.


Firstly, thanks kerana sudi menjengah ke blog dapur kecil saya.. :)

Motif nak menulis sebab dah tahap tak reti nak buat apa bila dah tak ada kerja.
Disebabkan kita ni suka ambil gambar , tak kiralah apa, akan kita update kat sini nantiye...
Yang paling banyak mestilah makanan kan?? Siapa yang tak suka makan? Rugi je.. hehe!

Kepada sesiapa yang suka makan-makan, jalan-jalan tu bolehlah share dengan kita ye...

Kalau nak tengok resepi dan gambar-gambar tu, jangan lupa scroll sampai habis ya!!

Have a great Day!!

#gambogambo
#makanmakan
#lovebaking
#dapurkeciksuya

 

RESEPI BISKUT SUJI / KUIH SUJI

Assalamualaikum... Apa Khabar semua... lama dah Tak meng'update' blog.. memandangkan nak kena menaip guna handphone ni.. memang asik...