Monday, May 18, 2020

RESEPI BISKUT SUJI / KUIH SUJI

Assalamualaikum... Apa Khabar semua... lama dah Tak meng'update' blog.. memandangkan nak kena menaip guna handphone ni.. memang asik Salah taiplah..sebab jari dah Besar lesung sejak dah jadi Suri rumahtangga ni..🤭

Niari Maksu nak share Resipi biskut favourite , kesukaan Dan ketagihan family maksu..😂😂 
Bahannya mudah je.. takde letak dadah boleh buat ketagih ye!!😂

Nak buatnye senang je.. modal pun Tak banyak Mana.. cuma yg agak berharga sikit minyak sapi sahaja.. itu pun bergantung pada pilihan masing-masing nak guna yang Mana ya.. guna QBB bole, nak murah sikit bole guna Gheeblend (Windmill) yg ni Ada sebatian kelapa sawit (palm oil).. pada yang Tak makan suji sebab bau Susu kuat sangat.. boleh Cuba guna Gheeblend. Confirm lepas tu ketagih..haha!!

Ok.. scroll lagi untuk resepi mudah , petik jari dah siap..🤭😂


RESIPI BISKUT SUJI / KUIH SUJI

BAHAN-BAHAN :

500 g          TEPUNG GANDUM
220 g          GULA CASTOR (recommend PRAI sbb halus/ NAMYE Ada kasar sedikit)
200 g           MINYAK SAPI / GHEE
1 sdt / tsp   BICARBONATE SODA

CARA-CARANYA :

1. Ayak tepung gandum dan bicarbonate soda.

2. Masukkan gula Castor dan gaul sebati menggunakan senduk / whisk.

3. Masukkan minyak sapi ( Tak perlu panaskan) dan gaul sehingga sebati.

4. Kemudian bulatkan mengikut selera masing-masing atau pun terap menggunakan acuan.

5. Bakar 170-180 darjah dalam 15-20 minit bergantung pada kepanasan oven masing-masing ya.. lain oven lain perangai. 🤭

Lepas dah siap tu.. keluarkanlah dari oven bagi sejuk kejap.. pastu da bole masuk telap.. kalau buat siang time bulan puasa ni, janganlah makan dulu. Tunggu buka nnt karang baru makan ye😂

Selamat Mencuba!!

By Maksu (DapurKecik Suya)
May2020


No comments:

Post a Comment

RESEPI BISKUT SUJI / KUIH SUJI

Assalamualaikum... Apa Khabar semua... lama dah Tak meng'update' blog.. memandangkan nak kena menaip guna handphone ni.. memang asik...